Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 4 August 2013

Resepi Lawa @ Kerabu ikan


Assalamualaikum w.b.t,

Sebenarnya resepi ini telah lama disimpan dan ianya pertama kali dibuat oleh saya. Cerita sebenarnya adalah kerana saya terpengaruh dengan sifu saya yang merangkap kawan saya, iaitu Zaila Mohamad yang bercerita tentang makanan ini di dalam laman muka buku dan blog beliau.
 Dengan tidak sabar dan terfikir-fikir cara nak membuatnya dan adalah juga mencari-cari di laman google, petang hari yang sama itu juga saya berjaya hasilkan makanan ini.

Memang panggilan makanan ini untuk saya, keluarga dan seangkatan mereka yang tinggal di kawasan pantai adalah Lawa, tetapi bagi Cik Abe saya yang berasal dari kawasan bandar memanggil nya dengan nama Kerabu Ikan...apa yang penting makanan ini adalah sama dan serupa sahaja.


Resepi Lawa/Kerabu Ikan

Ikan segar (sardin 2 ekor)
Asam limau 2 biji
kacang botol dipotong
timun batang dihiris nipis
cili hijau (merah pun boleh)
daun kesum
serai dipotong halus
garam
gula

cara-cara:
1) Ikan segar diambil isi dan dipotong kecil
2)Perah asam limau pada ikan (ini untuk pastikan isi ikan masak), biarkan seketika
3) Hiris atau potong siap-siap semua sayur-sayuran atau ulaman yang nak dimasukkan.
4) Tumbuk isi ikan, garam, gula dan cili ijau sehingga agak lumat.
5) Angkat dan campurkan dengan segala ulaman termasuk serai.
6) Gaul sebati dan biar rata.
7) Boleh dihidangkan dan dimakan bersama dengan nasi panas-panas atau diratah begitu sahaja.

Anda akan rasa sedap, masin, masam dan manis serata. Cubalah, pasti tidak rugi.
Ikan dan ulaman untuk diproses

Dah siap gaul sebati dalam bekas

Dah siap dihidang dalam pinggan dan sedia untuk di makan



Saturday, 3 August 2013

Maajun Anggun Bistari

Siapa yang tidak mahu jadi anggun?
Setiap wanita yang ada sudah pasti ingin menjadi angggun. Bukan saja anggun malah bistari lagi.
Mahu anggun dan bistari, makan lah Maajun Anggun Bistari.



Sebenarnya dah ramai yang makan maajun ini dan di antara nya ada mak orang dan anak dara. Boleh dikatakan yang sudah makan, akan makan lagi sebab sedar khasiat nya amat baik bagi seorang wanita.



Terus kepada khasiat Maajun Anggun Bistari,
1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan/family planning.

2. Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan di liang faraj yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan.

3. Mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita selepas bersalin.

4. Memontokkan dan memejalkan kembali otot payudara.

5. Menghangatkan dan mengeratkan hubungan suami isteri.

6. Memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.

7. Melancarkan peredaran haid setiap bulan juga mengembalikan darah haid yang terhenti selepas penyingkiran toksin atau darah-darah kotor.

8. Membuang/menyahkan darah-darah kotor dan toksin dalam badan

9. Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari

10. Mencantikkan kulit iaitu selepas pengeluaran toksin-toksin dan darah-darah kotor yang terdapat di dalam badan

11. Mempertingkatkan kembali imum ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.

12. Merawat/memecah ketulan angin bagi yang mengalami masalah angin di dalam badan

13. Melawaskan pembuangan air besar

14. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan


Antara testimoni yang saya sendiri dengar dan tahu daripada mereka yang telah menggunakan maajun ini ialah

1)Testimoni dari anak dara..
Lepas makan maajun ini, banyak keputihan keluar berketul-ketul, lepas dua tiga hari sudah tiada.
bila nak datang period, selalu sakit perut, simptom keuzuran tetapi setelah amalkan Maajun ini, tak rasa pun kesakitan itu. Semasa period juga, biasa akan rasa darah turun, tetapi lepas amalkan, tak terasa seperti keadaan tidak period pula.

2) Mak Orang yang telah lahirkan dua orang anak.
Setelah amalkan makan Maajun ini, banyak juga keputihan keluar, malah bendalir tersebut keluar berketul-ketul dan boleh ditarik keluar seperti tali. Selepas lama amalkan, langsung tiada keputihan lagi.

3) Mak Dara yang dah ramai anak dan sedang amalkan family planning
Setelah 4 bulan amalkan maajun ini, tanpa ada sebarang pil, suntikan dan lain-lain kaedah perancang cuma memakan maajun ini sahaja, masih tidak lekat (tidak hamil). Kedatangan period setiap bulan juga menjadi stabil.

4) Perempuan yang alami darah istihadah
Ambil maajun anggun bistari dan darah terus terhenti sama kesan seperti pil perancang yang dapat dari klinik pakar sedangkan maajun ini adalah menggunakan bahan semulajadi manakala pil dari klinik sudah pasti ada campuran bahan kimia. Bila berhenti makan maajun, darah haid datang seperti sedia kala. Normal 7 hari. Jika anda ke klinik pakar sudah pasti bayaran mahal menanti anda, jika anda hanya makan maajun ini, hanya kurang dari RM20 sebotol untuk sebulan makan.

Dalam sebotol ada 21 biji, makan untuk 21 hari dan stop 7 hari (anggaran sebulan), sambung semula selepas 7 hari stop.


Berminat??
Boleh hubungi...



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti




Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.


Friday, 2 August 2013

Ogos datang....


Sekejap saja masa berlalu...sekarang dah hari kedua kita di bulan Ogos.

 

Biasa lah awal bulan macam ni dan gaji pula baru masuk, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mujur sekarang semua pakai online (atas talian) sahaja jadi jimat masa dan tenaga, minyak kereta untuk ke sana sini. Alhamdulillah semua bil dan hutang piutang semua sudah selesai. Hanya tinggal beberapa perkara saja lagi yang belum selesai.

Bila duit dah masuk, Sedap sungguh membeli belah al maklum lah sekarang tinggal beberapa hari lagi untuk umat Islam menyambut Hari Lebaran. Bagi saya, sekarang musim membeli juadah hari raya, untuk pakaian hari raya sudah tutup buku sebab dah membeli belah sebelum puasa lagi.




Sedang bergembira, sedar tak sedar..hampir setahun dah arwah 'wan' iaitu ayah kandung saya meninggalkan kami sekeluarga iaitu 30.08.2012.  Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al fatihah.



Bermula puasa awal Julai lepas, kesihatan mak tidak baik, demam berhari-hari. Sekarang di akhir-akhir Ramadhan, kesihatan mak kembali tidak baik, demam semula. Mungkin mak terlalu rindukan arwah dan rasa sunyi maklumlah arwah dulu selalu suka mak masak macam-macam makanan. Mesti ada lauk yang dibawa balik dan bermanja suruh mak masak makanan kegemarannya.
Sekarang bila mak seorang, tiada siapa selain adik-adik yang suruh mak memasak makanan itu ini.



Ya Allah, aku mohon pada Mu berikan kesihatan pada ibuku, panjangkan usia nya, jadikan dia mukminah solehah.

Ogos datang dan pergi..kenangan silih berganti....

Sumber gambar: Google


Thursday, 1 August 2013

Persiapan Raya

Assalamualaikum w.b.t......

Bagaimana dengan pesiapan raya anda dan keluarga?? segalanya sudah lengkap? atau masih ada lagi barang dan persiapan yang masih belum lengkap baik dari pakaian, barang masakan untuk juadah raya, atau biskut-biskut raya?
sumber gambar :google;



Jika belum cukup, baik segera dapatkannya memandangkan hari raya yang ditunggu sudah tidak lama lagi. bimbang pula jika tidak dapat bersiap seperti yang dirancang.

Tetapi ingat juga dalam kita menyediakan persapan raya tersebut, ingat juga pada mereka yang tiada upaya dan tidak mampu, jangan pula kita membazir, membeli lah seadanya. Simpan selebihnya untuk diberi kepada mereka yang memerlukan.


sumber gambar : google



Seperti saya sendiri, saya lebih suka menyiapkan seawal mungkin sebelum puasa supaya tidak perlu kelam kabut di saat akhir. Tapi untuk Juadah raya memang perlu saat akhir untuk mengelakkan rosak. Nanti jadi dua kali MEMBAZIR.