Cari di sini

iklan

Saturday, 25 February 2017

Makan di Kedai Salai Mastar

Assalamualaikum w.b.t,


Makan di Salai kali kedua, kali ini berdua sahaja dengan kawan setempat kerja. Biasalah keluar masa waktu rehat, maka kami pilih kedai yang berdekatan. Kali pertama itu hari baru kenal tempat dan rasa boleh tahan, berbaloi dengan harga dengan makanan yang dimakan puas hati.

Hanya RM6 semangkuk gulai sama ada daging atau ayam salai dengan nasi kukus, ikan kering dan timun serta sambal lada. Rasa sangat sedap. Cuma kena tahan dengan bau asap hasil salaian. Sampai ke tudung dan baju habis berbau lah sebab masa beratur nak order dan buat bayaran, berdekatan sangat dengan dapur yang tengah salai daging, ayam, ikan keli dan itik. Banyak pilihan tetapi saya hanya pernah cuba daging dan ayam sahaja. Tak berani nak cuba itik walaupun kawan-kawan memang rekemen untuk makan itik. Sedap kata mereka.


Nasinya dikukus panas-panas

Ikan kering, sambal lada dan timun

Saya order daging salai masak lemak kerana kali pertama itu hari dah rasa ayamnya. Tapi kawan saya pula pilih untuk order ayam salai masak lemak.
Istimewa lagi di sini, ikan keringnya dimasak dengan tepung menambah kerangupan ikan tersebut dan menaikkan selera kami pemakannya.

Nampak sedap dan sangat menyelerakan


Kalau anda ke sini, kena agak bersdabar sebab lambat nasi dan lauk dihidangkan memandangkan orang ramai dan pekerja agak kurang. Nampaknya hanya keluarga sendiri sahaja yang men jadi pekerja, Kira tokey dan pekerja orang yang sama lah dari  kaum keluarga mereka. Kali kedua datang ada nampak perubahan dan pembaharuan di mana kaunter nasi diasingkan dari kaunter lauk. Bagi saya dan kawan yang dah kelaparan, memang tak sabar menunggu lauk dihidangkan, kami terus ambil di kaunter lauk, konon membantu kurangkan kerja pekerja mereka untuk datang hantar padahal kami yang tak sabar nak makan.


Untuk penegtahuan anda semua, ada ulam-ulam yang dicelur dan direbus juga,tempe goreng dan telur masin. juga ada kicap bagi mereka yang suka tambah kicap dalam nasi semasa makan. Memang puas hati dengan bayaran RM6 sekali makan. Jika mau tambah ulam dan tempe, harga naik sedikit lah. Itu semua tidak termasuk air minum ya. Sebab air di kedai lain, Ia merupakan kedai-kedai makan di foodcourt tapi tak banyak kedai yang buka. Jika anda memang berniat dan bertujuan untuk datang makan itik, daging atau ayam salai, memang boleh terus ke sini, cari sahaja Foodcourt atau Medan Selera Adikku di Sg Ramal. Berdekatan PKNS Bandar Baru Bangi, Selangor.

Rasa sekarang memang boleh cari tempat ini dengan mudah kerana ada google yang dapat membantu anda wahai pengemar makan-makan dan jalan-jalan cari makan.

Sekian dulu.

Saturday, 18 February 2017

Beli Hanger saja Pun

Assalamualaikum w.b.t,
 Semua orang faham dan tahu apa itu ‘hanger’ kan, kadang Bahasa yang betulnya adalah penyidai baju. Biasalah hidup di kota metropolitan ini bahasa banyak yang bercampur atau orang kata ‘broken’.
Berbalik soal hanger pula, Ia memang diperlukan untuk mengantung baju terutama baju yang kita tak mahu kedut dan tidak perlu dilipat.

 Apa yang saya nak cerita hari ini ialah, hari cuti yang bermanfaat, kami anak-beranak rasa nak beli hanger untuk sidai baju yang semakin banyak terutama sekali baju sekolah rendah dan agama anak sulung saya Amirul Hakim. Baju dan seluar sahaja dah 8 hanger perlu digunakan. Belum tambah lagi satu pasang baju sekolah agama yang akan dibeli nanti, sebagai tambahan.

Maka keperluan untuk beli dan tambah bilangan hanger di rumah ini sangat penting supaya baju-baju dapat diurusakan lebih mudah dan sempurna.
Resit perbandingan harga
Kami berjalan ke pasaraya yang terdekat dengan rumah kami sebab niat utama untuk beli di DIY sekali di sana tiada banyak stok dan pilihan, yang ada mahal-mahal dan rekabentuk ala-ala hotel atau kedai dobi saja. Saya tahu hanger yang digunakan di kedai dobi bagaimana rupa sebab saya pernah bekerja secara sambilan di kedai dobi pada suatu ketika dulu, zaman bujang dan ada masa banyak terluang. Kat hotel pula memang kita pernah juga masuk dan tahu bagaiman rupa hanger mereka. jadi kami keluar dari DIY dan masuk ke GIANT. Rupanya di sini ada promosi. Jadi kami terus sambar 2 bundle hanger.

Balik ke rumah terfikir nak cari mainan dan tali inci untuk ukur badan. Jadi kami ke My One Shop yang paling dekat dengan rumah kami. Percutian hujung minggu kami 3 beranak hanya keluar rumah dan ke kawasan yang dekat sahaja, jimat masa dan minyak kereta. Sebab suami kerja jadi kita sebagai ibu yang kena jaga 2 hero yang aktif, kadang bergaduh sesama mereka, kadang bergaduh dengan kita, jadi kita kena pandai ambil masa bawa mereka lari dari pergaduhan itu, supaya mereka dan kita sendiri tenang.

Rupanya di sini lebih murah walaupun kuantitinya sama. Jadi tak buang banyak masa sambar lagi 2 bundle hanger. Sebenarnya kalau tuan puan yang sedang membaca ini nak tahu, selesai saya menaip entri ini, saya dah ulang beli lagi 2 bundle hanger di My One Shop sebab terasa kekurangan hanger di rumah. Padahal yang beli baru-baru ini ada 10pcs itu tak digunakan habis lagi, hanya dimuat dalam almari baju Amirul Hakim dan siap-siap tulis namanya supaya tak tertukar bila dibawa ke transit.

Apa yang nak dikatakan adalah sebenarnya jika bawa di transit, kebarangkalian nak tertukar itu memang ada jika tak tulis nama, tetapi Pengasuh di Transit selalu bagi hanger lebih untuk anak-anak bawa balik ke rumah setiap hari akhir sekolah. Semoga murah rezeki Pengasuh di Transit anak saya dan juga anak-anak yang dijaga diasuh dan diberi makan dengan baik.

Sekian dulu coretan saya sebasgai catatan untuk saya baca dan kenang kembali pada masa akan datang di samping dapat bantu pembaca cari di mana hanger murah untuk dibeli. Pun boleh.

Jika ada yang berminat untuk beli barangan jualan saya, jangan segan-segan untuk hubungi saya dan isikan masa untuk tinjau-tinjau kedai dan page saya ya.
Terima kasih.

 Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 3 : Bisnes

Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

 Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)

melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel

Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:

Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
 Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi 

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:

Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah



Thursday, 16 February 2017

Mengandungkah?


 Asslamualaikum w.b.t,

Gambar lama, 2 tahun lepas mengamit memori masa pertama kali mengenakan baju dalam hitam mahal, korset Premium Beatiful. Sebenarnya tiada niat nak menunjuk pada orang lain, sekadar nak jadikan testimoni sendiri saja
Ini gambar semasa tahun 2015, masa awal-awal beli Premium Beautiful dan mula istiqamah memakainya. Gambar sebelum besar dabak, macam orang mengandung, perut memang buncit tak ingat. Ayat pertanyaan dari kawan-kawan dan saudara mara dah biasa dah, tanya adakah mengandung? Kadang naik segan nak jawab, tak, tak saya tak mengandung, ni perut buncit ada banyak lemak.
Sangat Nampak beza dengan gambar yang dah pakai PB, selepas 5 minit siap pakai PB bentuk badan dah jadi lain. Dan bukan apa terus rasa macam robot, nak jalan rasa robot, sebab ada benda tengah melekat di badan untuk proses segala lemak dan alihkan ke tempat yang sebetulnya ia berada.

Sebelum: Nampak besar terutama perut

Selepas: Terus dah jadi lain bentuk badan
Jadi jika anda teringin nak betulkan apa yang patut, anda perlu cari sehingga benar-benar anda jumpa benda yang betul. Biarpun harganya mahal tetapi sangat berbaloi untuk dibeli pakai.
Sejak saya guna sehingga sekarang, dah banyak kali hantar jahit dan baiki sebab ada berlaku koyak dan keluar besi yang lembut untuk bentukkan badan dan alih lemak. Dan ianya percuma sahaja tanpa perlu ada kos tersembunyi.
Sebenarnya jika anda mahukan korset ini yang dipanggil nama Premium Beautiful, anda boleh hubungi saya 010-9336935 dan saya akan kenalkan anda dengan agen yang pakar yang mana dah cantik dan jutawan sekarang ini keran buat bisnes jual baju dalam hitam ini.
Dan dia bukanlah orang lain yang mana kenalan kita sebab dianggap adik angkat kerana ibunya adalah ibu angkat kita. 

Monday, 6 February 2017

Menulislah Dari Hati

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ambil dari FB yang juga hasil perkongsian rakan-rakan.
Saya kongsi di sini untuk bacaan masa akan datang.

MENULISLAH UNTUK MENDIDIK DIRIMU
Hamka beramal dengan apa yang ditulis dari bukunya Pribadi Hebat
Buku Pribadi Hebat ditulis sekitar tahun 50-an. Di dalamnya te...rdapat pelbagai kisah tentang kekuatan pribadi seorang Muslim.
Antaranya adalah Hamka mengisahkan betapa penting, orang yang berperibadi hebat perlu sentiasa bersedia memaafkan kezaliman orang terhadap dirinya.
Sekitar tahun 1970, lebih kurang 20 tahun selepas Hamka menulis buku Pribadi Hebat, Soekarno telah pergi menghadap Ilahi.
Namun, di sebalik kezaliman regimnya pada Hamka, terselit sebuah ketakutan terhadap dosa pada pandangan Allah yang Maha Adil.
Diwasiatkan agar Hamkalah yang mengimamkan solat jenazah beliau.
Wasiat ini adalah ujian buat Hamka.
Antara dendam yang tersemat di hati atau membesarkan jiwa untuk memaafkan insan yang menzalimi dirinya.
Dan nyatalah Hamka memilih untuk melakukan apa yang pernah beliau tulis.
Iaitu Hamka memaafkan penzalim dirinya.
*************************
Hamka meminta untuk membaca bukunya kembali - Tasawuf Modern
Hamka ditohmah dan difitnah.
Perjuangannya untuk negaranya tidak dihargai oleh regim.
Bukankah Hamka yang bertemu dengan Soekarno untuk mendapat nasihat tentang perjuangan kemerdekaan bangsanya? Tidakkah Hamka yang turut menyahut dan menyampaikan deklarasi kemerdekaan Indonesia oleh Soekarno kepada rakyat Sumatera?
Beliau dituduh sebagai PENGKHIANAT!
Siri cemuhan dan carutan mencederakan jiwa Hamka, sehingga terasa ingin ditamatkan sahaja riwayat diri.
Namun mengenangkan akan besarnya dosa membunuh diri dan apa yang pernah ditulis oleh dirinya sendiri tentang ujian kehidupan dalam buku Tasawuf Modern, Hamka mampu membuang bisikan jahat itu daripada hatinya.
Lantas diminta kepada anaknya agar dikirimkan buku Tasawuf Modern untuk dibacanya kembali.
Hamka meminta untuk membaca buku Tasawuf Modern tulisan Hamka.
Begitulah kesan penulisan terhadap kehidupan Hamka. Betapa penulisan telah banyak mentarbiyah dirinya menjadi lebih baik.
*************************
Kisah BJ Habibie dan penulisannya
Habibie adalah mantan presiden kepada Republik Indonesia.
Dikhabarkan dari FB Baharedin Bekri seorang penulis di PTS, selepas kematian isteri yang dicintainya, jiwa Habibie benar-benar teruji.
Habibie diserang oleh sebuah kemurungan.
Adakalanya beliau akan menangis seperti kanak-kanak apabila mengenangkan isterinya.
Maka beberapa opsyen yang diberikan kepadanya. Sama ada dirawat oleh para psikatrik ataupun menulis.
Maka dipilih oleh Habibie untuk menulis tentang isterinya, Ainun.
Dan menulis telah merawat kelukaan jiwanya dengan izin dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
*************************
Menulis boleh mendidik
Hamka telah membuktikan betapa penulisannya telah berjaya mendidik dirinya.
BJ Habibie telah menjadi saksi hidup betapa menulis telah merawat jiwanya.
Maka selaku pendidik, pastinya ada ujian tersendiri yang juga mungkin membuat hati menjadi luka.
Maka menulislah akan kelukaan hatimu itu beserta dengan iringan doa buat Allah Yang Maha Mengatahui.
Moga dengan menulis, dirimu akan lebih jelas, apakah perkara yang menguji emosimu. Semakin jelas dirimu tentang masalah dirimu.
Hanya perlu diperhatikan, di platform manakah perlu diletakkan penulisanmu itu agar terhindar dari fitnah diri mahupun orang yang lain.
Seorang pendidik juga pasti ada sebuah idealisme, apakah ciri seorang insan yang diimpikan.
Maka menulislah tentangnya, kerana menulis akan menjadikan pemikiranmu terarah kepadanya. Boleh jadi ia merupakan sebuah travelog perjalanan hidup mahupun sebuah penulisan separa ilmiah.
Moga idealisme dari penulisanmu itu menyerap dalam hatimu dan terjelmalah ia dalam tingkahlaku dirimu.
Apabila para pelajarmu mungkin sedikit bermasalah dengan adab dan akhlak.
Mintalah mereka menulis tentang akhlak yang mulia.
Moga dengan menulis, ia mampu menjadi alternatif kepada sebuah pendidikan.
Menulislah... bukan semata-mata untuk mereka. Tetapi lebih utama adalah untuk dirimu sendiri.
Wallahua'lam.
Muhammad Shah
Taman Sri Gombak
#countdown
#bukuJT
Insyaallah ini adalah sebahagian petikan buku Pesan Buya Hamka Buat Pendidik yang akan diterbitkan pada Mac.

Sunday, 5 February 2017

Go Green With Tupperware : Jom bertukar ke Tupperware

Assalamualaikum w.b.t,

Sempena di Selangor sekarang ada kempen Katakan TIDAK pada plastik beg dan juga dilarang menggunakan polistren di kedai-kedai makan, maka kita sahut dengan menukar habit @ tabiat kita kepada menggunakan beg kitar semula dan juga bekas plastik Tupperware.

Kerana apa?

1 bekas polistren itu memakan masa beribu-ribu tahun untuk hancur malah tak dapat dikitar semula dan sangat memberi kesan kepada alam sekitar kita. Manakala bekas Tupperware pula daripada plastik semulajadi yang akan mereput dengan sendiri sesuai dengan usia dan penggunaan kita. Dan kita hanya perlu kurang dari 5 minit untuk basuh dan guna semula bekas tersebut. Sangat menjimatkan kerana boleh guna berulang kali.




Jika berminat untuk dapatkan bekas Tupperware untuk bekal sehari-hari anda atau untuk kegunaan di rumah, boleh hubungi saya 010-9336935.

Saya bantu mengikut kemahuan anda.

Thursday, 2 February 2017

Clearance Stock Tupperware : OT Lovely Pink

Assalamualaikum w.b.t,

Promosi besar-besaran penghabisan stok.
Harga sebenar Tupperware OT LOVELY PINK yang kedap udara RM295 harga pasaran tetapi kini hanya RM200 sahaja. Untuk mereka yang benar-benar serius untuk mahukan produk dan siapa yang dulu buat bayaran akan milikinya.
Hanya 1 set sahaja lagi tau

Jadi hubungi 010-9336935 untuk pembelian segera



Bagi mereka yang tidak tahu kelebihan bekas OT iaitu One touch yang sangat kedap udara ini, ia memang agak mahal berbanding bekas Tupperware yang lain sebab sangat mudah untuk buka dan tutup. Ketahananya yang sangat kedap udara telah diuji dengan masukkan telefon bimbit yang hidup ke dalam OT dan OT itu pula dimasukkan ke dalam akuarium yang ada air. Apabila buat panggilan, telefon tersebut bergegar dan menunjukkan ia masih hidup di dalam OT dengan selamatnya dari dimasuki air atau udara.

Untuk membukanya, hanya perlu tekan ditengah dan angkat penutupnya. Untuk menutupnya pula memadai hanya tekan dengan kuat satu kali di tengah bekas.

Banyak jenama lain yang cuba meniru teknologi ini tetapi ketahanan kedap udara nya tidak menyamai kehebatan produk OT dari Tupperware yang original.