Cari di sini

iklan

Thursday, 28 July 2016

Kena Saman MPKJ

Assalamualaikum w.b.t

Padan Muka Aku!
Itu yang boleh dikatakan untuk pertama kali bila dapat surat saman yang diselitkan pada wiper kereta. Kesalahan yang dilakukan adalah salah letak kenderan. Masa pagi kejadian itu saya memang parking di tepi jalan saja seperti yang saya pernah lakukan dalam 10 tahun lepas. Tak sangka yang sekarang undang-udang sangat ketat dan ada pula pengawai MPKJ yang rajin untuk datang memeriksa dan kena pula masa saya yang meletak kenderaan. Saya tengok sederet dengan saya semuaya dapat surat cinta dari MPKJ, lebih dari 20 buah kereta juga yang parking sejalan dengan saya.



Jadi saya memang mengaku salah, nak tak nak haruslah kena pergi bayar segera kan. Dan saya pula memang jenis tak suka lewatkan benda/perkara sebegini. Masa saya tanya kawan yang sama naik komuter dengan saya sebab kami ada seminar di KL, jalan terbaik adalah dengan menaiki komuter, kenderaan awam yang mudah untuk sampai ke destinasi tanpa menempuhi jem jalan raya. Katanya dia dikenakan RM4 untuk sekali pagi sepanjang hari di tempat parking berbayar berhampiran yang disediakan. Mahal juga RM4, kata saya padahal berbanding kena saman sebanyak RM50 lagi berganda-ganda mahalnya, apakan daya nasib sudah terkena dan tak dapat diubah lagi.

Esoknya, saya mengambil keputusan untuk terus membayar saman di kaunter/pejabat MPKJ yang terdekat dengan saya iaitu di Kompleks Hentian Kajang. Semasa di kaunter, saya menanyakan jika dapat diskaun atas rayuan bayar awal, maka pengawai atau staff yang di kaunter bagitahu saya dapat 50% diskaun jika ke HQ iaitu ke MPKJ bandar Kajang.  Kiranya hanya perlu bayar RM25 saja, maka ia sudah boleh tahan jimatnya.

Memandangkan saya hanya ada waktu rehat 1 jam sahaja, maka esok sajalah saya buat keputusan untuk ke MPKJ Kajang. Dan kebetulan pula saya boleh minta tolong adik saya untuk ke bandar Kajang dan menyelesaikan bayaran saman ini. Rupanya saya kena bayar sebanyak RM50, tiada diskaun seperti yag dinyatakan kerana saya membuat kesalahan meletak parking pada tempat larangan, kononnya menghalang laluan sedangkan tidak pun (mengikut pendapat saya saja). Katanya pengawai di situ, jika saya tak bayar paking di tempat berbayar barulah dapat diskaun 50% tersebut ada dan boleh digunapakai, Maka adik saya terus sajalah bayar tanpa menunggu lagi. Maka  hanguslah RM50 duit saya.



Pegajarannya di sini, jangan sesuka meletak kenderaan dan jangan pepandai melanggar peraturan yang ditetapkan, ikut lah arahan dan undang-undang yang telah dilaksanakan supaya ia tidak menyusahkan diri sendiri dan orang ramai.

Sekian sajalah cerita pegajaran saya pada hari ini.

Tuesday, 26 July 2016

Maruku Buatan Sendiri Dengan Noddle Maker Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Pertama kali buat maruku guna tepung maruku babas dan salah resipi terlebih butter sebab ikut resepi orang yang dah biasa buat guna butter separuh buku.Tetapi dia menggunakan jenis tepung yang lain.
Jadi apabila digoreng, aruku telah mencair dengan jayanya dalam kuali bersama minyak, naik terkejut kita yang membuatnya.
Jjadi langkah yang diambil adalah Tambah tepung dan akhirnya jadi juga bentuknya dan tidak cair lagi apabila digoreng.
Walaupun ini jer rupanya tak berapa jadik tapi habis dimakan dan katanya sedap, rangup
Kira boleh buat lagi tapi kita olah resepi semula
Kita pakai tepung maruku linggam pula
Buat sampai jadi
Alang alang ada Noddle Maker, kita belajar buat dan buat
Kira lepas dah 1 jenis kuih raya
Sape rasa nak belajar buat, nak tengok demo sementara belum masuk bulan puasa, meh pm tepi kita plan masa
Belajar dan cuba guna noddle maker, pressure cooker dan bread maker@oven@toaster
Fuhhh




Maruku dari Noxxa Noddle Maker


Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Facebook : Wan Rokiah

Monday, 25 July 2016

Resepi Ayam Panggang Ajaib

Assalamualaikum w.b.t,

Saya kongsikan resepi ayam panggang ajaib supaya tak hilang yang mana saya dapat dari group MAHN 'Masak Apa Hari Ni' . Banyak ilmu memasak yang saya dapat dari sana dan saya praktikkan untuk kegunaan harian. Mari kita tengok resepinya.

Ayam Panggang Ajaib

Bahan2nya....
1 ekor ayam dibelah dari belakangnya. Tapi jgn terputus.
1 batang serai
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit
5 tangkai cili kering kalau nak pedas lebihkan lagi cili tu
1 camca kecil garam
3 sudu besar gula kalau nak kurangkan manis boleh kurangkan gula ni. Sbb bakar seekor jadi banyak nilah saya gunakan gula. Boleh ejas2.
Blandkan semua bahan2 tersebut dgn sedikit air.
Gaulkan pada ayam dan perapkan dlm 10 minit je
Boleh dibakar dlm pemanggang ajaib. Bakar api perlahan, balik- balikkan sekali sekala. Lebih kurang dalam 40 hingga 50 minit.
Ayam tak perlu direbus.
# Kalau nak masak 1/2 ayam gunakan separuh je bahan2 tu.




Bila tengok ayam yang dah masak, memang sangat menggiurkan dan rasa nak makan terus kan.
Jadi boleh lah cuba jika dah terliur kerana resepinya mudah sahaja. Bagi yang tiada pemanggan ajaib, boleh beli atau anda boleh saja gantikan dengan oven, periuk ajaib lain yang anda ada. Mudahkan ia, semoga ia menjadi mudah untuk anda. Jangan jadikan tiada pemanggan ajaib, maka tak boleh masak.

Sekian dulu.

Tuesday, 19 July 2016

Kerja Sebelum Raya 2016

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian dari pengalaman saya semasa nak raya Aidilfitri 2016.

Hari akhir bekerja sebelum raya, tetapi jika hari ini adalah hari Jumaat mungkin tak terasa sangat kelengangan jalan raya, namun ini adalah hari Sabtu yng bekerja bagi kami di syarikat ini, makanya boleh faham sendiri bagaimana perasaan kami yang saki baki masih bekerja pada hari ini. Yang tak  boleh minta cuti disebabkan pelbagai sebab.

Salah satu sebab nya adalah seperti saya yang tiada cuti tahunan, maka harus bekerja seperti biasa jawabnya. Sebab yang lain mungkin syarikat atau majikan perlukan mereka supaya berada pada tempat kerja atas urusan kerja yang penting. Maka kena kerjalah jawabnya.

Jadi apa rasanya boleh kami penuhi selama 8-9 jam berada di pejabat selain daripada fikiran melayang ke kampung halaman, ingat perkara tentang persiapan raya sahaja atau jika berjumpa kawan-kawan juga  mestilah isu RAYA yang dibualkan.

Sebenarnya bagi saya bekerja dalam saat-saat begini sangat tak produktif dan tidak efisien, al maklum lagi di tempat kerja saya mengalami gangguan internet, semua emel dan fail-fail dalam komputer juga tak dapat dibuka dan dibuat kerja kerana sistem kami menggunakan cloud, disimpan menggunakan network. Walaupun begitu bukan lah semua pekerja kena perkara yang sama, ia berlaku pada pejabat kami dan hanya 2 jabatan sahaja yan terkena, kata orang yang pakar dalam bidang IT ini adalah kerana switch kami rosak dan perlu ditukar baru sedangkan yang lain switchnya masih OK. Entahlah switch pula main peranan, tak tahu lah switch apakan. Mungkin bahasa orang IT untuk fahamkan orang kebanyakan bagi kami. 

Maaf tiada gambar dilampirkan sekali.

Persoalan: Maka apa kerja yang kami buat di saat tiada network begini?
1-Kemaskini data yang hard copy
2-5S tempat kerja, asingkan dokumen yang tak perlu untuk buang dan masukkan dokumen yang perlu dan disimpan dalam Fail hard copy.
3-Pinjam komputer yang boleh buka network dan buat kerja kerana ramai yang dah mula cuti raya
4-Audit dan ronda kawasan tempat kerja, masa lakukan kerja begini, kita akan jumpa banyak masalah dan persoalan dari rakan kerja yang lain.  

Sekian dulu. 

Monday, 18 July 2016

Untung Runcit DCL

Assalamualaikum w.b.t,

Antara produk DCL yang masih mendapat tempat di hati pengguna
Ya, sekarang ini barang jualan saya yang laku laris dan paling banyak mendapat jualan adalah produk DCL kerana masih ramai pengguna yang mencari dan ingin menggunakan produk ini disebabkan ia sangat berkesan kepada mereka yang telah menggunakannya.

Saya dapat rasa satu sebab mengapa jualan saya tinggi kerana saya antara yang masih aktif menjual produk ini. Jika nak katakan di zaman yang serba harga barang naik, sepatutnya produk ini dah jauh lebih mahal, namun harganya masih maintain dan duk takat itu saja. Jadi sebagai pengguna yang dah tahu kesannya, akan terus beli saja tanpa banyak songeh nak minta diskaun dan sebagainya. Jika dengan saya, anda boleh oin ahli untuk dapatkan harga ahli kerana anda akan dapat diskaun dari 10% sehingga 30% bergantung kepada jenis produk yang dibeli. Jadi ia lebih menjimatkan keraa proses ulang beli sudah pasti berlaku.

Jika anda berminat untuk jadi agen/pengedar bolehlah hubungi saya kerana semakin kurang agen di sekitar Malaysia sekarang, hanya di Bandar Baru Bangi dan beberapa kawasan di Selangor  dan Perak yang ada agen aktif. Maka ini adalah peluang untuk anda dapatkan jualan yang tinggi dan seterusnya untung runcit yang banyak dari jualan anda. Segera sahut cabaran ini dan bertindak sekarang dengan hubungi saya dan terus jadi agen di kawasan anda.

Boleh mula untuk promosikan dan kenalkan pada orang terdekat yang belum kenal produk DCL dan ia juga sangat mudah jika anda iklankan di media sosial, kerana orang yang dekat dengan anda yang dah biasa tahu dan kenal produk DCL akan terus beli dengan anda. Salam kejayaan, semoga anda berjaya dapatkan untung runcit dengan perniagaan ini.

Sekian terlebih dahulu.

Friday, 15 July 2016

Trafik Jem Raya itu Biasa

Assalamualaikum w.b.t,

Walau kisah jem dan beraya sudah sunyi dan tidak kedengaran lagi, tetapi saya suka untuk ulas dan 'throwback' kisah jem di Hari Raya. Kadang ramai yang kata alah setahun sekali sahaja. Oh tidak, sebenarnya ia berkali-kali dalam setahun, ikut lah cuti perayaan apa, pasti anak perantau akan pulang dan buat jem jalan di kampung terutama sekali rakyat Kelantan. Saya tahu sebab saya ini orang Kelantan, suami juga orang Kelantan, pantang ada cuti panjang sikit pasti nak balik kampung jumpa mak dan ayah. 

Kita ikuti perkembangan semasa malam untuk pulang semula ke bandar setelah berhari raya,jem teruk disebabkan semua pun nak balik dan sambung kerja semula pada hari yang sama Isnin. Sedangkan kebiasaan masa nak balik ke kampung juga jem, namun tahun ini terlepas dari jem teruk kerana cuti tidak sama dan tidak berlaku serentak. Maka ramai rakyat Kelantan boleh balik secara berperingkat. 

Padahalnya, kami sekeluarga dah bergerak awal seawal Malam Jumaat untuk elakkan jem atas jalan raya yang kebiasaan kami lakukan memang betul dapat elak jem, Namun kali ini ia amat luar biasa di mana kereta sentiasa ada di atas jalan dari Machang ke Kuala Krai. Kami tak ada kemudahan lebuhraya, yang ada hanya jalan 2 hala dan 1 lorong sahaja ke depan dan 1 lorong ke belakang.

Nasib baik hanya jem sehingga ke Kuala Krai saja, bila dah masuk Gua Musang, dah tak berapa jem lagi dan trafik lancar sehingga ke KL.  

Boleh saya kongsikan sedikit yang saya ambil dari 'update FB saya'

Cerita malam tadi
Keluar Dari Rumah Ayah di Machang jam 10pm
Patah balik sebab tak sangggup nak redahhh jem Kete bersusun
Masuk bandar tengok KFC pun bersusun orang beratur
Terus g Kedai colek tepi jalan tapi tak jadi beli sebab ramai orang dan tiada tempat untuk duduk makan
Jadi dalam 10.20pm kami redah juga la jem nya
Rupanya jem dari Machang ke Kuala Krai saja
Lepas dari itu trafik biasa saja
Dan Alhamdulillah sekarang dah selamat berada di Rumah tempat mencari rezeki



Semasa dari Machang ke Kuala Krai, memang ada juga kereta yang melalui lorong kecemasan dan nasib mereka tak baik kerana disaman terus oleh polis trafik yang bertugas. Masih ramai yang tidak serik dan tak endahkan peraturan jalan raya. Sememangnya mereka menganggap ia perkara remeh sedangkan ia sangat menyusahkan pihak tertentu jika berlaku kecemasan. Walaupun dah dibertitahu mengenai ops sikap semasa di jalan raya.

Jadi bagi kami, pengalaman balik beraya di kampung halaman dengan redah jem itu sudah terlalu biasa. Dan ia buat kami tak pernah serik untuk balik beraya bersama keluarga tercinta.

Apa yang kami harapkan sebagai rakyat Kelantan adalah pembangunan Negeri Kelantan, negeri kami supaya segera diadakan lebuhraya dan siap segera dengan ada peruntukan ke arah itu.


Sekian dulu, nantikan entri saya yang akan datang.

Thursday, 14 July 2016

Berhenti Dari Bisnes MLM

Assalamualaikum w.b.t,



Kadang terfikir nak hentikan semua bisnes MLM yang duk buat sekarang sebab rasanya tak ke mana, sebab saya tak buat sungguh-sungguh, setakat buat suam-suam kuku lepas itu asal balik modal saja pun dah OK tanpa ada untung runcit, maka bila semakin lama begini, rasa putus asa dan perasaan nak hentikan segalanya pun datang lah.

Kenapa?

Satu sebabnya juga adalah, terasa seperti sia-sia, banyak habiskan masa dan modal sahaja tanpa ada benar-benar hasil yang memberansangkan.

Sebab yang lain, telinga ini dah sakit kena bebel  hampir setiap minggu dengan orang yang terdekat. Sebab ada yang terpaksa untuk maintain jualan tetapi dengan menyimpan stok sendiri, kerana apa? Jika tak simpan stok, memang rugi, di provok begitu apabila stok yang dikehendaki oleh pelanggan sudah kehabisan di kedai yang bolehkan kita mendapat point untuk jualan kita. Mereka yang nakkan barangan tersebut akan cari dan beli dengan kita.

Jika difikir-fikir, kenapa begini jadinya?


Sebab utama adalah, kerana perlu maintain bulanan, tahunan supaya kita masih mendapat komisen daripada syarikat. Dan oleh kerana nak dapatkan komisen yang ciput sebab usaha pun ciput atau langsung tak sehangat memula join dulu, motivasi berkurangan seusia dengan masa katanya. 

Dalam proses untuk meneruskan atau hentikan segera dan buat pilihan yang tepat. Biasanya dalam keadaan begini, seharusnya saya meminta Allah yang tentukan. Sebelum ini saya memang dalam delima dan meinta petunjuk dariNya, saya dah nampak petunjuk tetapi itulah kita sebagai manusia kadang tak endah dan kadang suka berbantah dengan petunjuk yang dah terang depan mata. Kita lebih suka ikutkan kata hati dan masih meneruskan dalam kepayahan.

Ya Allah di saat ni, aku emohon padaMu supaya ditetapkan hati dan dibulatkan tekad, berikan aku petunjuk yang benar, jalan yang benar.
Saya  mohon and ayang sedang membaca juga doakan saya supaya istiqomah. Jika Dia berikan jalan supaya saya teruskan, in shaa Allah saya akan teruskan, tetapi jika Dia berikan jalan supaya berhenti dan akan dihentikan serta merta. Semoga Dia berikan pilian yang terbaik sesuai dengan jiwa hambaNya ini.

Sekian dulu.