Cari di sini

iklan

Wednesday, 22 June 2016

Telefon Dah Baik Pulih

Asslamualaikum w.b.t,

Memang dah lama draft entri ini dan nak ceritakan mengenai telefon smart yang dah siap baiki, kerana mudah untuk dirujuk apabila diperlukan. Jadi hari ini, saya habiskan karangan saya untuk entri ini sebagai catatan penulis.

Melayang RM280, ori punya katanya. Jika yang local atau ap hanya RM230 sahaja. Seperti yang diberitahu, telefon smart ini rosak MMC. Bulan Disember 2015 dah rosak, HP off dan mati terus, langsung tak dapat ON,katanya rosak IC, maka tukar yang original lebih dari RM300, guna 5 bulan, jadi lagi sekali HP mati tapi boleh hidup,akan keluar pada skrin Samsung Note Galaxy dan hang begitu sampai lah kita off kan semula baru padam semula. Jika tak , HP akan panas.

Nak ke tak nak disebabkan nak guna, maka hantar baiki kedai yang sama, walaupun rasa dalam hati nak beli hp baru saja sebagai ganti. Tetapi disebabkan dah pre-order note 5 yang dijangka sampai lebih kurang buan Jun ini, maka tahapkesabaran untuk beli hp baru dapat ditahan.

Dan dalam masa yang smaa, memandangkan saya ini bukan sekadar guna smartphone untuk  hal persendirian tetapi untuk semua urusan perniagaan yang tak seberapa ini, maka keperluan itu sangat-sangat terdesak. Walaupun saya ada install perisian whatsapp di laptop tetapi penggunaannya sangat terhad. Maka nak atau tak nak, saya sambarlah sebiji hp baru berjenama ding ding, anda boleh google jenama hp ini jika nak tahu lebih lanjut.

Kenapa saya berani sambar hp ding ding ini, kerana kedai yang baiki hp saya yang dalam masa yang ama jual hp baru juga selalu duk promosikan dan pujuk saya beli hp ding ding ini dengan beritahu kelebihannya. Sebab kedua kerana kawan setempat kerja dah pun beli hp ini dan guna hampir setahun tanpa ada masalah, malah hp ini kebal. Macam promoter pula saya ya. Jadi saya beli lah. Dan saya beli ia di web lazada sebab harganya sangat murah dari kedai, walau kena menunggu sebentar.

Berbalik kepada hp yang dah baik pulih, sedang elok hari yang saya ambil lepas baiki, hp suami pula yang mati tanpa signal. Telefon ienovo, yang baru guna tak sampai 2 tahun. Maka telefon yang baru baik pulih digunapakai oleh suami kerana saya rasa sayang pula hp baru ding ding ini sebab memorinya besar 64gb dan ada lagi 8gb memori kad berbanding Note 1 saya yang lama hanya 16gb sahaja.

Sekian dulu lah catatan saya.
Maaflah tiada gambar untuk entri ini, mood tak berapa rajin nak upload masuk.

Seperti biasa, bagi yang nak beli produk jualan saya, sila berbuat begitu dengan hubungi saya ya.

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Saturday, 18 June 2016

Berbuka Puasa Percuma Di KL Sentral 20hb Jun 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar sahabat saya sekalian pada Ramadhan ke 13? Semoga sentiasa dalm lindungan rahmatNya. Mungkin dah ada yang habiskan cuti hujung minggu untuk menyediakan kelengkapan raya seperti membeli pakaian raya jika belum tempah siap dan ada juga kaum hawa yang sibuk menyediakan biskut raya untuk hidangan hari raya nanti. Walau apa saja kesibukan kita  di dunia ini, sentiasalah ingat akan akhirat dan jagalah iman diri masing-masing.

Saya di sini ingin war-warkan tentang aktiviti Isnin nanti kepada sahabat sahabat saya dan juga sesiapa sahaja yang sedang membaca entri ini mengenai Juadah percuma yang anda bakal perolehi di Kl Sentral pada 20hb nanti. Ini untuk anda yang berkejar dari kerja untuk puang berbuka di rumah masing-masing, mungkin ada yang nak jimat belanja atau tak punya masa untuk membeli atau balik masak untuk dimakan semasa berbuka, boleh gunakan kesempatan yang ada, harap sangat anda dapat memeriahkan dan mengambil juadah untuk diri sendiri.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Dibawakan Khas oleh TLC
Ada tak sahabat FB saya ni atau kenalan uols yang memang turun di KL Sentral sepanjang ulang alik bekerja?
In syaa Allah TLC akan edarkan hampir 1000 Iftar packs untuk uols yang rushing pulang dari kerja untuk berbuka.
Temui team TLC Amal di KL Sentral.
Dapatkan FREE Iftar pack anda :
Tarikh: 20-Jun-2016 (Isnin)
Venue: KL Sentral
Jam: 4pm - 6pm
Jemput datang ya.. !!!


Jika anda nak tahu TLC ini adalah kumpulan atau pasukan sukarela yang tiada kaitan dengan politik atau apa sahaja. Ia adalah 1 kumpulan perniagaan yang kami namakan untuk mengenal ahli kumpulan yang semakin hari semakin ramai. Jadi dengan nama TLC ini, sesiapa dalam bidang perniagaan sama dapat tahu dan kenal yang kita adalah seiring dan saling bekerjasama. 

Saya bukanlah orang yang aktif dalam perniagaan ini kerana suam-suam kuku sahaja, saya lebih kepada guna pakai sendiri dan tolong beli jual pada kawan-kawan yang terdekat bagi mudahkan urusan mereka mendapatkan produk yang mereka nak guna.
Antara produk yang laku laris adalah;
*sabun hijau/sabun ketiak/marine essence
*sabun serbuk eziclean
*mineral coffee
*saya pengguna tegar korset PB
Sekarang dah turun berat dan badan dah kembali slim, kena beli korset yang saiz lebih kecil pula sebab dah jadi tak berapa selesa jika pakai korset lama sebab besar. Apa yang saya rasa bila pakai korset ini adalah rasa badan sangat kemas, seperti dipeluk sentiasa oleh orang yang tersayang. Ia bantu postur badan supaya berada pada setiap tempatnya dengan kemas. Sukar nak cerita, paling baik anda cuba pakai sendiri dulu.

Sekian dulu,

Jika anda berminat untuk beli barang jualan saya, boleh hubungi saya seperti biasa. Untuk maklum balas yang cepat, terus sms/Whatsap ke 010-9336935

Friday, 17 June 2016

Ammar Kena Chicken Pox

Assalamualaikum w.b.t,

Di pagi Jumaat yang hening ini, hari ke 12 Ramadhan tahun 1437H, setelah siap solat Subuh saya baring-baring sekejap, niat ingin tidur sekejap tetapi mata tak mau lelap. Sambil-sambil berangan-angan dan berdoa juga untuk jadi kaya, punya wang yang banyak, dapat beli rumah teres kepunyaan sendiri, semoga diaminkan oleh semua anda yang membaca blog dan entri saya pada hari ini. Betapa teringin nya saya nak punya rumah sendiri, sangat berharap tuan rumah yang dah tipu dan ambil duit deposit rumah dari saya kebalikan semula pada saya atau pada agen yang bertugas kerana saya ini bukanlah orang kaya yang ada banyak duit. Masa nak bayar deposit rumah yang nak dibeli itu pun saya pinjam 3K dengan makcik saya, dan saya bayar ansur-ansur sehingga habis kepada makcik saya kerana pada ketika itu saya tak punya duit yang banyak tetapi betapa saya nak ada rumah sendiri yang niat pada ketika itu untuk dijadikan rumah sewa dan saya akan dapat pendapatan pasif bulan-bulan.

Baiklah dah jauh sangat sangat berangan dan bercita-cita serta bercerita di sini, yang sebenarnya dah lari dari topik asal. Saya nak ceritakan yang anak kedua saya yang bongsu pada ketika ini telah dijangkiti chicken pox, Patutlah masa hari Isnin, semasa saya ambil dia balik dari Pusat Asuhan Pasti, dia marah-marah katanya dia sepatutnya berada di rumah bersama saya, saya tak perlu pergi kerja dan jaga dia di rumah, puasa saya terangkan yang saya perlu pergi kerja, Bila sentuh dahi, rupanya demam budak ini. Esok paginya dah keluar bintik bintik berair, maka memang saya perlu bercuti kerana sebelum ini kawannya dah kena chicken pox pada hari Sabtu. Kiranya ada pembawa lah di tempat mereka belajar, jadi saya terus bawa ke klinik pagi itu untuk dapatkan ubat sapu bagi elakkan dia gatal dan garu iaitu losyen calamine. Saya ke klinik 24 jam memandangkan waktu itu baru jam 6.45pagi, kira pas sahur. Niat asal ingin bertemu doktor sekali tetapi si Ammar ni fobia dengan doktor padahal ubat dia Ok saja, boleh makan dengan mudah. Dsebabkan lama menunggu walaupun klinik 24jam dan hanya ada 1 orang pesakit yang lain, tapi lama menunggu membuatkan Ammar merengek nak balik. Jadi saya segera beli ubat sahaja di farmasi klinik tersebut dan balik.

Lain pula yang jadi bila keluar klinik, Ammar nak ke taman permainan berdekatan klinik al zalfah, fasa 4 tambahan, jadi bawa lah sekejap lepaskan gian dia nak bermain. Saya pula terfikir-fikir mana nak cari air kelapa untuk bagi penawar kepada chicken pox Ammar, sebab bulan puasa biasa hanya petang baru boleh dapat. Cari di 7e tiada, sama juga dengan econsave pun tiada. Rupanya sekarang air kelapa sudah ada dikotakkan. Tapi jika nak jadikan penawar mestilah kita nak cari yang asli kan.

Dipendekkan cerita, petang itu juga saya dan abahnya bawa Ammar ke klinik kerajaan untuk dapatkan ubat antiviral seperti yang diberitahu oleh kawan saya yang anaknya dijangkiti chicken pox juga, yang bawa ke klinik lambat tetapi Doktor Klinik swasta  itu nasihatkan untuk ambil ubat anti viral supaya mudah sembuh dan tidak berjangkit, anaknya lambat dibawa ke klinik dan terlambat untuk diberi ubat tersebut. Berlainan dengan saya, saya segera bawa ke klinik setelah diberitahu, tetapi Doktor pula yang tidak beri ubat anti viral, hanya diberi losyen calamine dan ubat tahan gatal sahaja.

Hari Kedua Ammar kena chicken pox, dah mula merebak semakin banyak di kepala dan belakang badan . Yang naik awal dah mula kecut dan pecah. Kali ini makin kuat merengek dan manja, nak kan perhatian yang lebih. Memang perlu jagaan rapi dan sentiasa sapukan ubat losyen supaya tak garu dan sebabkan lebih banyak naik. Malangnya malam sebelum tidur, tidak diberi ubat tahan gatal dan si Ammar mengamuk tak boleh tidur, gatal badan, kasihannyalah tengok, sampaikan saya buka sema seluar dan pampers, tidur malam Ammar masih pakai pampers. Saya sapukan losyen ke seluruh belakang badan seperti pakai bedak sejuk, tak ada calit-calit guna cotton buds (putik kapas) lagi. Lepas bagi ubat makan untuk tahan gatal, baru boleh tidur lena.

Hari ketiga, Ammar tinggal dengan abahnya dan juga hari ini hari keempat nampak semakin surut dan jika ikutkan abahnya nak hantar ke pusat asuhan kerana ingin kerja. Tetapi masa-masa ini lah bahayanya mudah berjangkit kepada kanak-kanak lain, Seperti pesan Doktor, perlu asingkan tempat tidur dan jangan bagi main dengan kanak-kanak lain kerana bahayanya penyakit chicken pox sekarang adalah akan kena juga pada mereka yang pernah kena bukan seperti dulu setiap orang hanya 1kali kena saja. Jadi langkah berhati-hati sangat perlu dilakukan supaya tak berjangkit pada anak-anak lain.

Sekian dulu.
Sebenarnya ada gambar-gambar tetapi kemalasan melanda untuk muat naik. Tengoklah jika esok kerajinan datang dan ada banyak masa di rumah sebab cuti 3 hari dari kerja, horey horey.


Seperti biasa,

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Thursday, 9 June 2016

Kecewa dan Terharu

Assalamualaikum w.b.t,

Apa yang buat saya sangat kecewa dan rasa terharu juga, berat bebanan menanggung padahal jika nak atasi ia sangat mudah, buat baru semula segalanya terus akan dapat semula kerana bukan saya seorang yang alami benda ini, ramai lagi rakan-rakan sekerja yang sama-sama mengalami kehilangan data yang telah lama dibina. Nak atau tak nak mesti dan perlu buat yang baru. Perlahan-lahan saya kena ambil mood  semula untuk naikkan semangat supaya dapat buat yang lebih baik.
Mungkin ini dugaan kecil sahaja yang kita merasakan ia besar kerana kita mudah membantah dan menolak kecelakaan yang berlaku, namun jika kita ambil dengan cara yang positif, ia mungkin untuk menambah baik mutu kerja kita.

Jadi apa-apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan, kerja perlu diselesaikan selagi mana kita masih bergelar pekerja. Walaupun kerja yang kita lakukan tak kan pernah habis walau kita dah berhenti dari syarikat, kerna akan ada orang lain yang baru akan mengantikan tempat itu. Maka perlu ada had dan limitasi dalam melakukan kerja, paling senang buat dan habiskan kerja -kerja kita
dengan baik.

Tips nya untuk atasi perkara/masalah ini:
1) Redha-ajar diri sendiri menerima takdir dan ketetapan yang telah disediakan untuk kita
2) Bangun dan atasi rasa kecewa, malas dan sedih itu
3) Perlahan-lahan ajar diri buat yang mana penting dan mudah dulu,
4) Kemudian, terus siapkan yang lain-lain sehingga semuanya lengkap seperti sediakala kembali

Sekian dulu.
Nukilan seorang pekerja yang kecewa dan terharu dengan situasi yang baru berlaku.

Apa-apa pun jika anda nak beli produk jualan saya,

Anda boleh hubungi saya seperti biasa.

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Monday, 6 June 2016

SALAM RAMADHAN 1437 - 2016

Assalamualaikum w.b.t,,

Salam Ramadhan diucapkan pada semua Umat Islam yang mula berpuasa pada hari ini.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum-belumnya, bukankah Bulan Ramadan lebih baik dari 1000 bulan, padanya ada keberkatan.
Ada pelabagai ibadah khusus dalam bulan Ramadhan yang mana tiada dalam 11 bulan yang lain iaitu ibadah SAHUR dan TERAWIH. Padanya terdapat barakah walaupun hukumnya SUNAT tetapi besar ganjaran bagi yang mengamalkannya. Selain itu amalan-amalan ibadat yang lain digandakan pahala seperti solat sunat, membaca Al-Quran juga lebih besar pahala berbanding bulan-bulan lain.
Satu lagi amalan yang harus kita amalkan adalah bersedekah dan banyakkanlah ia di bulan ini, bantu orang yang memerlukan.

Sekian dulu.
Entri ringkas dari saya.
Salam 1Ramadhan.

Thursday, 2 June 2016

Dugaan Mendewasakan Kita

Assalamualaikum w.b.t,

Allahuakbar
Pelbagai hal berlaku dalam dua tiga minggu kebelakangan ini
Tercalar emosi, perasaan semua ada
Tinggal masih hidup dan ada nyawa dalam badan saja
Maka perlu diteruskan juga sisa kehidupan ini
Berat mata memandang
Berat lagi badan dan minda yang menangung

Apa yang memberatkan kepala otak dan minda saya buat masa ini adalah kerosakan smartphone saya yang baru saja dibaiki, baru tak baru pon rasa lama juga sebab dah hampir 5 bulan. Paling akhir baiki haritu bulan Disember 2015 kerana dia blank dan tak hidup, rupanya IC yang rosak. Bukan manusia saja yang ada IC tapi smartphone pun bukan main ya,ada juga. Nak dikatakan saya memang jarang beli barang 2nd hand atau 3rd hand, memang bukan jenis saya yang minat dengan barang bekasan orang tapi untuk smartphone Samsung Note 1 ini saya rela beli yang 3rd hand, tau saja lah jika beli yang terpakai walaupun saya tahu yang guna pakai adalah orang yang cermat dan saya memang mengenali rapat orang-orangnya.

Kerosakan telefon yang smart memang sangat mengganggu aktiviti harian saya, walaupun saya ada backup samsung mini S3 tapi ia juga ada masalah tersedniri yang menyebabkan saya terpaksa beli Note 1 tersebut. S3 mini ini maslah susah nak caj, punggungnya (usb) dah rosak teruk. Kadang caj masuk dan kadang tak masuk, walaupun guna external charger dan saya ad 2 bateriuntuk standby tapi dalam keadaan terdesak ia buat hal juga. Memang menguji kesabaran dan saya anggap ini dugaan dalam hdup dan berniaga online.

Bayangkan kerja-kerja anda nak update dengan pelanggan menjadi terhad, anda nak reply pelanggan juga menjadi lambat kerana saya hanya boleh gunapakai perisian Whatsapp bila mana berada di rumah saja. Dan bila di rumah saya ada komitmen lain. Dan guna laptop atau pc bukan boleh dibawa ke mana-mana sambil buat kerja rumah yang lain, oh semua ini sangat terbatas dan membuatkan saya agak tertekan. 

Apabila berada dalam keadaan di duga begini, saya memikirkan cara keluar, dan saya sangat tahu yang saya hanya perlu bergantung ada diri sendiri sepenuhnya dan bukan ada sesiapa yang dapat bantu menyelesaikan masalah begini untuk saya. Nak tak nak saya sendiri kena ambil keputusan drastik untuk berbuat keputusan yang bijak sama ada nak menunggu telefon siap dibaiki, atau alternatif beli telefon yang baru. 

Bila fikir nak beli yang baru, masih terhad sebab saya sudah pun order Samsung Note 5 yang dijual secara pre-order, kononya sampai 8 june ikut perkiraan kami yang sama-sama order tetapi hingga kini nampak gayanya status menunggu perlu dipanjangkan lagi dan tidak akan diperolehi dalam waktu terdekat begini.

Sekian dulu catatan saya sekadar luahan apa yang saya tengah alami kini, walaupun banyak hal lain yang berlaku silih berganti tetapi saya rasa yang betul-betul sesakkan kepala dan buat saya serabut adalah kerosakan telefon kerana saya ini peniaga online walaupun sampingan saja.

Bagi anda jika nak hubungi secara urgent boleh hubungi saya dengan no 011-15106935 (call/sms). Saya masih dapat dihubungi , sebab bukan jenis saya yang hidup tanpa telefon sampaikan orang sekeliling nak hubunigi pun tak ada cara melainkan kena bersemuka, cuba bayangkan jika berlaku apa-apa eksiden yang sangat-sangat perlukan orang hubungi kita secara terus, dengan telefon yang mati, yang bateri tak caj, dengan hidup zaman sekarang yang tiada alat telefon begini, ia sangatlah sukar.

Semoga apa yang saya kongsikan dapat jadikan iktibar dan panduan untuk diri saya sendiri dan sesiapa saja yang memerlukan. sekian

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Mi Bihun Pasta Home made dengan Noddle Maker Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Lamanya saya tak kemaskini saya punya blog dan muatkan dengan entri yang bersemangat dan baru untuk pembaca semua, serius saya tengah sesuaikan diri untuk ambil masa dan luangkan di sini, supaya setiap yang saya kongsikan memberi manfaat untuk pembaca dan juga lembali kepada diri saya.

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana cara membuat mi, pasta atau bihun homemade.
Apa saya buat dan guna resepi yang amat mudah, cuma tukar acuan saja dan bahan yang berbeza hanya kunyit. Contoh untuk buat mi kuning memang resepi yang sama, tapi saya tambahkan kunyit untuk bagi warna kuning lebih. Jadi kita punya home made noddle/pasta ini tak guna sebarang pengawet dan pewarna. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan kesihatan untuk anak anak dan keluarga.




Resepi
(saya memang buat separuh adunan dari kebiasaan)
100gm tepung high protein (setengah cawan yang diberi khas masa beli Noddle Maker)
100gm tepung gandum
65ml air (guna separuh cawan untuk sukat air-juga diberi masa beli Noddle Maker)
sedikit minyak zaitun dan garam halus

Caranya:
Masukkan tepung dan garam ke dalam adunan
jika nak kuning,masukkan sedikit kunyit
Kemudian tutup bekas Noddle Maker
Pasangkan suis dan masukkan air sedikit demi sedikit termasuk minyak zaitun tadi
Adunan akan auto keluar dari Noddle Maker setelah adunan sebati
Ini yang canggih sangat dengan Noddle Maker Noxxa ini, saya yang tak pernah buat pun tau dan boleh buat mi/bihun/pasta sendiri yang juga menjadi kesukaan saya dan anak-anak.

Bagi anda di luar sana yang teringin dan berminat sangat nak beli Noddle Maker Noxxa ini, jangan segan silu untuk hubungi saya.
Dan berita baiknya, bukan saja pelbagai jenis mi dan pasta yang boleh dibuat tetapi maruku, semperit, tat nenas juga boleh dibuat dengan Noddle Maker ini. Sangat bernilai untuk beli 1 dan guna sendiri di rumah.

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah