Cari di sini

iklan

Sunday, 15 May 2016

Kawan Lama Bertandang Ke Rumah

Assalamualaikum w.b.t,

Lama sungguh tak menulis perkara santai-santai dalam blog ini sebab duk fikir nak serius dan tulis yang benar-benar boleh memberi manfaat saja tetapi kita sebagai manusia tak boleh terlalu skima dalam hidup, nanti jadi tertekan dengan perkara-perkara sekeliling yang kita sedang hadapi. Jadi sekali sekala perlu lari dari rutin untuk terus kekal istiqamah dalam berkongsi.

Dan hari ini saya jadikan blog ini entri hari ini seperti diari saya yang terbuka. Mungkin jadi kenang kenangan pada masa akan datang apabila saya terbaca semula kisah ini.

Betul kata orang, perniagaan atau bisnes itu menghubungkan manusia. Kawan lama sanggup datang berjumpa kerana nak jalankan bisnes. Kawan baru kita akan dapat apabila kita buat bisnes. Macam saya rasanya saya suka jual macam-macam dan pelbagai jenis perniagaan yang saya ceburi walaupun kata orang sikit-sikit saja, dan ia juga banyak kenalkan saya dengan orang-orang yang baru serta hubungkan balik dengan kawan-kawan yang lama.

Seperti hari ini, kawan lama saya datang bertandang ke rumah walaupun masa yang ada agak singkat kerana masing-masing ada urusan. Jika ikutkan saya hari ini memang dah lapang kerana tiada aktiviti luar, hanya di rumah saja. Tetapi kawan saya pula yang tidak dapat lama kerana suami dia bekerja. Sebenarnya kawan saya ini baru mendirikan rumahtangga, rezeki dan jodoh dia dengan orang yang jauh, walaupun bercinta agak lama dan akhirnya baru sampai jodoh kata orang.

Dia datang semata kerana nak hantar tempahan kuih raya kawan saya yang seorang lagi tapi nak dijadikan cerita adalah kerana perniaagaan juga kami bertemu. Jika ikutkan saya memang nak bersembang lama kerana kawan yang datang ini adalah kawan lama yang sangat rapat suatu ketika dulu. Kata orang pernah tidur sebantal makan sepinggan lah. Pernah susah senang sama-sama suatu ketika dahulu. Cuma saya yang dulu memang diakui agak tak berapa rapat dengan orang, berkawan sekadarnya sebab saya jenis tak reti nak bermanja lebih-lebih dan berayat bunga-bunga.

Masa beliau ada, sempat jugalah saya menimbang suami isteri ini kebetulan masih ada penimbang yang boleh baca data lemak dan kandungan air dalam badan, hasil pinjaman dari jiran saya. Semoga Allah sentiasa merahmati Kak Malis, jiran yang dah jadi macam kakak angkat saya itu kerana memberi kepercayaan kepada saya dengan bagi pinjam penimbang ajaib ini.Sempat jugalah rosak sekali dalam simpanan saya atas sebab tak tahu kenapa.

Dan dalam masa kawan saya bertandang tersebut, sempat jugalah saya promosikan Bread Maker 3 in 1 iaitu pembakar roti,pengadun dan oven. Sempat juga kawan ini merasa roti sarang tebuan yang pertama kali saya buat khas menggunakan Bread Maker Noxxa ini yang saya beli secara EPP iaitu 4 kali bayar dan dapat barangnya dulu. Kira puas guna dulu baru habis bayar. dan saya juga bagi rasa Tat Nenas hasil saya guna Noodle Maker Noxxa dan bakar dengan Oven dari Bread Maker Noxxa ini yang juga saya beli secara EPP dan bayar 4 kali juga.

Nah saya kongsikan gambar-gambar hasil saya berNoxxa, yang terkilan adalah saya tak sempat nak masak Kek Minyak dengan Periuk Noxxa, stim 25minit. Jika tak, boleh saya bagi kawan saya rasa dan bawa balik juga.

Roti Sarang Lebah homemade baru siap bakar

Roti sarang Lebah dah diletak Butterscotch

Tat Nenas yang dalam proses pembuatan-mudah dan senang dengan Noodle maker

Tat nenas yang baru nak masuk Oven @ Bread Maker Noxxa-sebelum disapu telur

Inilah dia Cik Noodle Maker kita, hubungi 010-9336935 untuk dapat 1

Ini pula Cik Noxxa Bread Maker @ Oven @ Toaster yang sangat berjasa


Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



 

Thursday, 5 May 2016

Pakej Keahlian Tupperware Bermula April 2016

Assalamualaikum w.b.t,


Kalau dah lama tercari-cari, terjenguk-jenguk akan Tupperware produk, nak beli rasa macam mahal saja, apa kata kali ini sambar saja peluang untuk join ahli. Bukan apa dah la ada tawaran yang baik, dapat pula beli barangan Tupperware dengan 25% diskaun keahlian.
Kadang kata tak apa saya tak join, boleh guna keahlian orang lain tapi tak kah kita rasa bersalah kerana guna pakai keahlian orang lain sedangkan beliau daftar secara sah dengan syarikat. Dan anda harus tahu rupanya bukan dapat beli murah saja dengan daftar ahli tetapi dapat guna pakai ilmu yang sering diajar oleh kumpulan atasan kepada kita, saling sokong menyokong untuk sama-sama bersaing secara sihat dalam perniagaan ini.

Saya tak nak cakap banyak, tetapi anda tengok antara pakej yang syarikat dah tetapkan kepada sesiapa sahaja yang masih belum join ahli di bawah. Pilih ikut keperluan dan bajet yang anda ada.

Pakej Pertama adalah basic iaitu RM78 sahaja, anda akan dapat kit bag yang ada perihal produk Tupperware dan serba sedikit mengenai bisnes ini, ada Tupperware yang dipanggil One Touch (Bekas kedap udara) dan Freezermate (Bekas sejuk beku untuk kegunaan dalam peti sejuk)


Pakej Kedua adalah Treasure box iaitu berharga RM319
Dan yang baiknya, anda dapat kesemua produk dalam Pakej Pertama tadi tanpa perlu bayar lagi RM78 tersebut. Dan ada tambahan produk 1 kotak Treasure tersebut untuk kegunaan dalam 1rumah, bahan asas Tupperware untuk kesempurnaan hidup di rumah. Ada bekas untuk isi gula, gandum dan bahan makanan di dapur, ada botol air untuk diisi dan diminum seisi keluarga, ada bekas untuk peti sejuk bahagian beku dan tak beku. Pendek kata seba lengkap lah.
Dan pakej ini yang paling ramai orang ambil sebab ianya dikatakan Pakej Jimat.


Pakej Ketiga adalah set water filter untuk kegunaan di rumah, Masih harga yang sama iaitu RM2100
Dan anda akan dapat kesemua produk dalam Pakej kedua serta tambahan 1 set water filter.
Dan jika anda mengambil pakej ini, saya akan hadiahkan anda 1 set Tupperware yang mewah sebagai menghargai pilihan bijak anda .