Cari di sini

iklan

Sunday, 21 February 2016

Temujanji Dengan Pakar Gigi Kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t,

Sedikit perkongsian untuk rujukan bersama di masa akan datang.

Setelah sebulan menunggu untuk temujanji dengan doktor pakar di hospital Kajang, akhirnya masa yang dijanjikan telah tiba. Saya mengambil cuti separuh hari memandangkan waktu temujanjinya adalah jam 2 petang tetapi yang sebenarnya pada surat temujanji adalah pada jam 3 petang.  Berlaku sedikit salah faham di sini.

Dipendekkan cerita sepatutnya jika ikut pemahaman kami sebagai ibu bapa, haruslah diadakan pembedahan untuk rawatan gigi anak sulung kami si Amirul Hakim yang mana giginya dah tinggal tunggul pada bahagian atas. Giginya haus, hanya tinggal akar pada gusi sahaja. Tetapi apa yang kami dapat hari ini adalah doktor pakar hanya melihat dan memeriksa gigi dan memberi beberapa nasihat untuk penjagaan gigi terutamanya untuk kanak-kanak yang dah berusia lebih dari 2 tahun.

Nasihatnya: 
Hentikan pemberian botol susu kepada anak-anak setelah mereka berumur 2 tahun ke atas. Sepatutnya mereka diajar untuk minum di dalam cawan dan tidak digalakkan minum susu botol semasa hendak tidur kerana dikhuatiri tabiat itu adalah tidak sihat untuk kesihatan gigi dan gusi anak-anak. Sememangnya itulah punca utama yang menyebabkan kerosakan gigi di peringkat awal.

Dan memang jika mengikut pengalaman saya sebagai ibu kepada Amirul sememangnya Amirul suka minum susu sampai tertidur dan apabila dicabut botol dari mulutnya, pasti terjaga dan kita terpaksa masukkan semula ke dalam mlut. Memang dia terbiasa tidur dengan botol susu di mulut. Itulah sebenarnya yang menjadi sebab atau punca utama untuk kerosakan gigi susu dia.

Kembali kepada cerita temujanji dengan Doktor tadi, habis setakat itu dan dalam tempoh 5 bulan dari tarikh hari ini, kami perlu datang lagi untuk ambil tarikh temujanji lain supaya pembedahan buang tunggul giginya dapat dilakukan sebaiknya.

Sedikit gambar kenangan semasa temujanji di Hospital Gigi di Kajang.







Nanti kita sambung cerita ini yang masih ada kisah-kisahnya ya.

Sekian dulu bagi yang nak beli produk jualan saya yang mana masih aktif berjual beli ya.
Iklan dulu jap:



Dapatkan mana-mana 4 item di atas dengan harga yang berbaloi dengan
Ciroki Tupperware ya, 010-9336935


 Percayalah produk Tupperware di atas banyak kegunaannya. yang paling best
1-Click to go : Bekas bekal yang boleh disambung menjadi banyak tingkat mengikut keperluan masing-masing.
2-Bekas rempah yang disertakan dengan sudu sekali, jadi ia mudahkan kita untuk mengambil isi di dalamnya seperti garam, kunyit dan remap-rempah yang lain.
3-Turbo chopper yang menjadi produk kesukaan saya dan para ibu yang lain, mudahkan kerja di dapur
4-Bekas penyimpan atau dipanggil Keeper yang pelbagai saiz.

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Thursday, 18 February 2016

Beli Belah Vs Cuci Mata di IKEA Cheras


Assalamualaikum w.b.t,

Dan salam sejahtera diucapkan untuk pembaca blog saya, mungkin anda salah seorang yang rajin mengikuti perkembangan saya atau anda terklik dan terbaca entri ini apabila anda membuat carian mengenai tajuk atau isi-isi yang berkaintan dalam entri ini.

Baiklah ini cerita ringan sahaja mengenai kehidupan kita sebagai manusia, rutin sebagai manusia biasa memang akan terpengaruh dengan iklan yang ada di sekeliling. Jadi saya dan suami tidak terkecuali, kali ini suami pon terpengaruh, selalunya dan kebiasaanya hanya saya atau kaum wanita sahaja yang mudah untuk terpengaruh kan.

Kebetulan hujung tahun memang ada banyak cuti umum dan juga cuti syarikat, jadi kami gunakan masa ini untuk habiskan masa dengan meninjau keadaan di IKEA Cheras, kebetulan IKEA ini adalah yang baru dibuka berbanding IKEA Damansara (saya memang tak pernah jejak kaki ke IKEA sebelum ini) kiranya ini kali pertama. Dan dalam masa yang sama, suami ingin beli sofa baru (niat lama dah-bertahun-tahun) menggantikan sofa lama yang kami beli di awal perkahwinan lagi, yang telah uzur dimakan usia katanya padahal dirosakkan oleh anak-anak lelaki yang sedang membesar dengan giat, yang ingin tahu segalanya.

Jadi kami buat keputusan keluar selepas Zohor dan balik selepas Maghrib. Sempat solat Asar di Surau IKEA itu dan solat Maghrib di stesen minyak Petronas berdekatan.

Penat dan sangat penat memandangkan IKEA Cheras ini luas dan besar, segala bagai ada dalam ini. Dan kami pula pertama kali jejak kaki mestilah nak meneroka dan meninjau apa yang ada dalam ini, bak kata orang betul-betul cuci mata sebelum cuci beg duit.

Sebelum pergi kami memang dah tinjau sofa dalam laman web www.ikea.my, dan buat pilihan sofa mana yang ingin dibeli, mestilah yang palig murah kan. Dan Alhamdulillah sofa yang diingini ada, lebih kepada pilihan saya. Yang suami idamkan sebab murah, kehabisan stok. Katanya akan tambah stok baru tetapi dengan harga yang lain, leih mahal dari harga promosi.

 Dipendekkan ceritalah, kami sampai sahaja, kami naik ke tingkat atas dulu yang mana di sini ada food court dan surau serta bahan-bahan pameran seperti perabot siap hias sebijik macam rumah betul ala macam mana-mana kedai yang jual perabot lah macam home living, index living dan lebih kurang sama macam dalam katalog IKEA. Memang dapat cuci mata habis lah, dari ruang tamu, dapur, bilik tiduk dewasa, anak-anak hinggalah barang-barang hiasan, alat permainan anak-anak semuanya ada di sini. Haa, taman permainan pun ada seperti dalam gambar, tempat kesukaan anakanak. Jika ada masa panjang, boleh lah datang lagi dan tempatkan mereka kat sini.



Semasa meninjau dan buat pilihan perabot, sofalah kan sebab saya nak beli sofa, memang ada dibekalkan kertas nota dan pensil serta beg beli belah IKEA, ini mudahkan kita untuk mencatat spesikasi barang yang nak beli iaitu di rak mana, bahagian mana. Ini yang akan mudahkan kita untuk cari barang yang kita nak beli di gudang bahagian bawahnya pula. Kira ni sendiri servis lah ya. Kita juga dibekalkan dengan pembaris kertas yang ada ukuran meter, mudahkan nak ukur panjang perabot, sesuai tak dengan rumah kecil kita.

 

Baik, dah selesai catat, tapi saya tak catat pun (jakun lagi bab ini), kami berehat dulu dengan makan di Food Court IKEA, nak cuba meatball tetapi sampai giliran saya dah habis, jadi boleh cuba Chicken ball sahajalah dan ayam panggang untuk anak-anak.Beratur panjang dan makan masa juga semasa nak memilih dan membeli makanan disebabkan ramai orang. Ini kali pertama saya jumpa system beratur yang begini, kami beratur seperti bentuk S dalam linkungan besi yang dah direka, ada disediakn troli dan tray untuk mudahkan pembawaan makanan. Satu lagi untuk belian air, kita hanya perlu ambil cawan shaja, yang panjang untuk air bergas dan yang pendek untuk kopi dan the. Boleh tambah sendiri jika dan habis secara percuma sampai kembung perut. Bayaran di kaunter akan dikira berapa cawan dan gelas yang kita ambil. Kat sini pun saya jakun sebentar, sebab ingat minuman belum dikira, rupanya bila periksa resit dah ada. Airnya sendiri servis juga, boleh beratur dan ambil di tempat yang disediakan.



 

Dah habis makan semua, kami solat dulu di surau yang sesak dengan orang. Terpaksa ambil wuduk di tandas, sebab kat surau terlalu ramai manusia. Itu pon ada memang ada geng di tandas itu syorkan saya terus berwuduk di tandas disebabkan di surau sesak.


Makan dan kenyang, solat pun dah, bermulalah aktiviti shopping. Lama kami di sini tetapi barang yang dibeli hanyalah sofa sebijik, satu jer tau, jam 2 biji (banyak en suami yang beli-berminat sangat dengan jam IKEA yang sangat simple), selimut seakan tidur dalam salji sebab selimutnya sangat selesa, harga pon boleh tahan. Itu saja.



Padahal jika ikut saya mungkin banyak lagi yang nak dibeli. Tapi cukup untuk kali ini. Kata en suami, lain kali kita datang semasa hari orang lain sedang bekerja dan kita minta cuti khas untuk datang ke sini. Semangatnya dia.

Sebelum balik,kami beratur lagi untuk makan, eh kali ini beli ais krim sahaja. Sedap. Suka anak-anak dapat ais krim berkon. Kopi panas untuk suami. Ok boleh keluar dari IKEA.
Sekian dululah cerita saya kali ini.

Ada masa saya sambung ya, tetiba terasa seperti nak berhenti  kerja dan jadi Shopper IKEA untuk sesiapa yang berminat nak jadikan saya (Asyik berangan saja)

Wednesday, 3 February 2016

Seluar Batik Sarung 1

Assalamualaikum w.b.t,

Saya tahu ramai juga kaum wanita yang tak gemar pakai kain sarung sebab tak pandai nak ikat dengan kemas di pinggang, sekarang pula keluar satu alternatif untuk kaum perempuan pakai seluar di rumah mahupun luar rumah dengan seluar batik sarung. sangat mudah siap untuk sarung sahaja dan seleasa untuk dipakai di rumah mahupun luar rumah.

bagi anda yang berminat, boleh pilih antara  corak dan warna seluar yang ada dan saiz yang dinyatakan mengikut kesukaan anda.

Ukuran Saiz Seluar Batik Sarung

                  Pinggang       Punggung       Labuh Seluar
Saiz S             26'                  44'                  39'

Saiz M             28'                 46'                   40'

Saiz L             30'                   47'                   41'

Saiz XL           32'                   48'                   41'


Ciri-ciri keselesaan - ia nya tidak ketat
                                 -pinggang getah keseluruhan 
                                 - ada poket disebelah kanan
                                -warna kain tidak mudah lusuh

Harga RM47 termasuk kos penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia




Berikut adalah Seluar Batik Sarung  Saiz S




























untuk keterangan lanjut atau berkenaan pembelian boleh dilakukan melalui 010-9336935, boleh call,sms dan watsap untuk maklum balas yang cepat.

Monday, 1 February 2016

Fusion Master Mincer : Pengisar Mudah Tupperware

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ini saya nak promosikan produk terbaru dari Tupperware brands yang kini telah berada di Malaysia, biarpun telah lama berada di pasaran luar Negara tetapi kini telah sampai ke Malaysia.

Jadi haruslah ambil peluang hebat ini dan beli satu untuk kegunaan di rumah. saya dah gunakan untuk pelbagai makanan proses. Yang belum cuba buat akan dibuatkan nanti. Tunggu saya nanti saya muat naik resepi dan cara buat nugget, sosej dan daging burger homemade.

Kalau anda berminat nak dapatkannya, meh la hubungi saya. Niat kita untuk sentiasa berikan masakan dan makanan yang terbaik untuk keluarga kita.

Harga asal RM368, tetapi anda boleh dapatkan dengan harga yang murah dari saya
rajin-rajinkan diri hubungi saya 010-9336935

Pelbagai makanan boleh dikisar bukan sekadar ayam dan lauk basah tetapi juga kekecang dan lain-lain sayuran





Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935



Facebook : Wan Rokiah


Fanpages: Stokis DCL

 

Sila buat pembayaran ke

Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 

 

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)

melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel

Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:

Nama Penuh,

Alamat Penghantaran,

No telefon,

Item Order dan kuantiti

 

 

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

 

Jom beriklan di sini : SOHO Directory

Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki

Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi


Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:

Sms/whatsapp ke : 010-9336935


Facebook : Wan Rokiah