Cari di sini

iklan

Tuesday, 24 November 2015

Lamanya Tak Ke sini

Assalamualaikum w.b.t,

Hampir sebulan lamanya tak ke sini dan sudah mula rasa kaku dan kering idea untuk terus berkongsi dengan pembaca semua. Ya rutin harian saya sudah bertukar dan ia sangat berat dari hari ke sehari. Saya rasakan beban yang menanggung tak pasti sama ada akan akan terus tertanggung atau pergi begitu sahaja atau dapat diatasi hingga ia menjadi ringan seperti dulu kala.

Memang apabila kita mulakan rutin baru ia akan menjadi tak biasa dan berat pada mulanya, tetapi kelamaan akan menjadi ringan, nama lagi rutin kan. Tetapi bagaimana jika rutin itu semakin berubah dan kian memberat.

Apa yang saya nak kongsikan di sini hari ini dan saat ini adalah lamanya saya tak ke sini, lamanya rutin yang ini saya tinggalkan, tidak seperti dulu semasa masih baru dan semangat sentiasa ada untuk ke sini. Malah kebanyakan masa dalam sehari memang dihabiskan untuk mencurahkan idea, berkongsi cerita serta memuatkan iklan jualan saya. Namun kini semakin kita menua, semakin banyak tanggungjawab yang dipikul ia bukan mudah seperti dulu. Tetapi bukan saya sekarang sedang memberi alasan, ia juga memang boleh diatasi dengan membina semangat yang baru.

Lamanya saya tak ke sini bukan bermakna saya terus akan membiarkan usaha saya pada satu masa dulu terkubur begitu sahaja. Saya tahu mungkin sekarang saya diuji untuk diberi yang lebih pada masa datang. Saya diuji dengan masa. Saya diuji dengan tugasan yang baru. saya diuji dengan persekitaran kerja yang baru, saya diuji dengan berhadapan dengan mereka yang baru. malah saya sedang berusaha untuk mengatasi segala yang baru bagi saya itu. Ya mungkin saya bukan muda lagi yang sentiasa energetik seperti dulu. Lambat sedikit untuk menerima perubahan demi perubahan namun itu tak mematahkan semanagat juang untuk terus hidup dan berusaha sedayanya.

Sekadar luahan saya pada masa ini dan ketika ini.
Semoga kita sentiasa berjumpa dengan perkongsian yang lebih bersemangat dan boleh dijadikan teladan untuk semua. Perkongsian yang boleh membantu anda yang sedang memerlukan. Perkongsian yang dapat bangkitkan semangat anda untuk berniaga, bekerja dan meneruskan hidup sebelum dipanggil Nya.
Semua ini pasti akan berlaku dengan izinNya dan doa kalian semua juga. Doakan yang baik-baik untuk saya dan anda.

Sekian,