Cari di sini

iklan

Monday, 30 September 2013

Tetamu Mengejut

Salam sayang wahai pembaca sekalian,

hahaha, apa akan jadi pada anda bila tetamu yang tiba-tiba ingin berkunjung ke rumah anda tanpa info lebih awal? Awal itu maknanya sehari, atau lebih sehari awal sebelum berkunjung. Bila tiba-tiba anda dapat panggilan telefon yang mengatakan tetamu sedang dalam perjalanan untuk ke rumah anda, apa perlu anda lakukan?

Pernahkah anda mengalami situasi begini?
Jika pernah apa yang anda lakukan?

Ok di sini ada tips atau beberapa langkah yang anda boleh ikut apabila tiba-tiba ada tetamu mengejut yang ingin bertandang ke rumah.

Langkah pertama: 
Sudah semestinya mengemas adalah perkara utama. Ruang tamu yang paling utama untuk kelihatan kemas. Selainnya adalah tandas dan kemudian adalah dapur.

Langkah kedua:
Juadah untuk menjamu tetamu yang bertandang. Sediakan benda yang paling mudah dan ringkas. Penyelesainya adalah keropok lekor atau karipap segera yang ada dalam peti sejuk. Hanya keluarkan dan goreng.



Paling mudah dan ringkas lagi adalah, kerepek dan biskut, makanan yang tak perlu dimasak, hanya keluarkan dari plastik dan hidangkan.

Langkah ketiga:
Layanlah tetamu anda sebaiknya, jangan sibuk dengan urusan-urusan lain pula semasa keberadaan mereka.

Sekian tips mudah dari saya jika anda tiba-tiba menerima tetamu mengejut.

Sunday, 29 September 2013

UBAN, Rambut Putih

Assalamualaikum w.b.t,

Sedikit perkongsian pada pagi ini,

Takutnya saya semasa tengah sikat rambut,  tiba-tiba ternampak seurat uban di atas kepala. Masa itu juga, terus cerita dan tunjuk pada Cik Abe (suami saya), terus tarik keluar dan kelihatan seurat itu hanyalah di bahagian akar rambut sahaja yang beruban bukannya keseluruhan rambut.

Sumber gambar : dari google (bukan rambut sendiri=Aurat)


Adakah Uban tanda sudah tua?
Umur baru nak cecah 31 tahun Oktober nanti, atau apakah punca uban?
Tiba-tiba terus google punca uban.

Carian di google, menemukan beberapa artikel seperti link tersebut:

http://www.hmetro.com.my/articles/Memutihsebelumwaktu/Article

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0304&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

http://www.blogbisu.com/2013/02/kenapa-uban-mula-tumbuh-pada-usia-20.html

Anda boleh baca serba sedikit info mengenai uban di link di atas.

Adakah kerana banyak berfikir yang menjadikan rambut di kepala cepat beruban? Kalau diingatkan memang dari zaman belajar lagi selalu berfikir, kuat juga lah berfikir. Rupanya memang betul salah satu punca uban adalah kuat berfikir.

Jadi apa pula penyelasainya untuk elak uban?
Pakai lah syampu rambut dan krim rambut secara berterusan, jaga pemakanan, jaga amalan harian, sentiasa senyum (ada kaitan ke? boleh dikira sebagai awet muda)

Untuk dapatkan syampu dan krim rambut lebat d'herbs, boleh hubungi saya.

 
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : 
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini :  
Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : 
Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : 
Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : wanr82@yahoo.com
Sms/whats app :
010-9336935
Facebook :
Wan Rokiah

Saturday, 28 September 2013

Wangian kereta Munif Hijjaz yang wangi harum semerbak

Assalamualaikum w.b.t,

Entri hari ini berkisar tentang Minyak Wangi untuk kereta. Sebenarnya, minyak wangi ini bukan sahaja untuk kereta tetapi untuk bilik dan ruang-ruang pejabat, serta untuk rumah-rumah.



Ok teruskan bacaan anda,


Perasan atau tidak sesetengah bauan berupaya mengembalikan semula kenangan lampau dalam hidup kita? Bau biskut yang baru dimasak mungkin mengingatkan kita ketika cuti di rumah nenek atau sesetengah bauan bunga yang membangkitkan semula kenangan romantis bersama jejaka idaman.

Benar kata orang malah diakui secara psikologi, daripada lima deria utama pada tubuh, deria bau paling menyerlah apabila membabitkan ingatan seseorang.

Bau juga dikatakan dapat memperbaiki emosi, meningkatkan kecerdasan mental serta memulihkan tenaga yang lemah. Diri yang mula longlai pasti segera bangkit kala terhidu bauan enak dan menyenangkan.

Secara amnya, bauan lembut, sensual dan elegan sering menjadi pilihan memandangkan harumannya tidak begitu keras atau menonjol.

 bauan adalah deria paling hampir dikaitkan dengan pusat emosi otak dan boleh dimanfaatkan untuk mencetuskan tindak balas emosi yang kuat.

“Bauan boleh mengubah dan mempengaruhi mood atau perasaan serta tingkah laku kita. Apabila terhidu bauan busuk, kita segera menjauhkan diri dan rasa jijik, tapi sebaliknya berlaku jika bauan itu menyenangkan.

Apa kelebihan minyak wangi Munif Hijjaz ini? Baca di sini: 




Berapa Harga minyak wangi yang sangat wangi harum semerbak ini?
Ianya sangat wangi kerana diperbuat dari pati minyak wangi. Kekal dan tahan lama.

Hanya RM15 (SM) /RM17 (SS)
untuk 14ml tahan 30 sehingga 45 hari



Berminat??



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : 
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini :  
Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : 
Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : 
Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : wanr82@yahoo.com
Sms/whats app :
010-9336935
Facebook :
Wan Rokiah

Friday, 27 September 2013

Maajun Anggun Bistari, Cara makan

Assalamualaikum w.b.t

(kredit untuk)
http://majunanggunbistari.blogspot.com/

Banyak info di sini,

Apa yang saya nak kongsikan hanyalah bagaimana cara nak makan maajun ini, cara mudah anda boleh jenguk di link yang saya letak di atas atau baca sahaja  di bawah,



ATURAN MAKAN

1. Bagi yang lepas pantang, mula makan pada hari ke 44 lepas bersalin, sekiranya masih ada baki jamu-jamu selepas bersalin yang belum dihabiskan seeloknye habiskan dulu, kemudian barulah mula makan MAB. Ini kerana sepanjang tempoh pengambilan MAB, tidak digalakkan campur/makan bersama jamu-jamu lain atau apa-apa produk herba kerana dikhuatiri mengganggu tindak balas MAB atau period menjadi lebih tidak menentu.

2. Bagi yang merancang sendiri atau untuk mereka yang kitaran haidnya biasa/normal, boleh mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period, walaubagaimanapun sekiranya terlepas tempoh ini kalau kurang dari seminggu period, boleh juga nak terus mula makan, jika tidak anda perlu tunggu kitaran haid yang seterusnya bagi memastikan tidak mengandung dan supaya kitaran haid lebih teratur.

3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh makan bersama pil atau apa-apa vitamin yang lain asalkan tiada kandungan herba.

4. Bagi yang merancang mengguna IUD, kaedahnya mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
ii) Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period. Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan samada nak teruskan pakai IUD atau MAB sahaja.

5. Bagi yang merancang mengguna injection, kaedah mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3,4, atau 5.
ii) Bagi yang tidak period dapat mab dan terus mula makan.
Selepas expired injection boleh putuskan terus sambung injection atau MAB sahaja.

6. Makan 1 biji sahaja sekali sehari samada pagi/malam waktu jam yang sama setiap hari selama 21 hari, tidak perlu berhenti makan sekiranya datang period awal. Selepas habis 21biji, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya. Katakan last makan hari Ahad next ahad sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya. contoh:

Cara nak sambung botol seterusnya utk mudah faham seperti dibawah;
stop ahad sambung ahad,
stop isnin
sambung isnin,
stop selasa
sambung selasa
stop rabu
sambung rabu
stop khamis
sambung khamis
stop jumaat
sambung jumaat
stop sabtu
sambung sabtu
stop ahad
sambung ahad

7. Kes lupa makan;Samada anda makan waktu pagi ataupun malam, sekiranya terlupa makan hendaklah terus makan sebaik anda ingat 'MAB belum makan lagi'.. jika terlupa juga sehingga waktu yang sepatutnya makan, katalah malam jam 9malam, makanlah terus 2biji. Tidak digalakkan makan 2biji sekali takut panas, jadi banyakkan minum air suam.

Peringatan:
8. Untuk yang merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam, oleh itu amatlah penting untuk disiplin pengambilan makan pada waktu/jam yang sama setiap kali makan (plus/minus 2jam jika lupa sangat). Bagi kes yang lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.


9. Jika sedang makan MAB didatangi period tidak perlu berhenti terus sambung makan sehingga habis 21biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya.

Jika anda mematuhi aturan makan maajun MAB insyaallah MAB dapat membantu sebagai kaedah family planning anda.
10. Bagi yang ingin makan MAB sebagai ikhtiar utk hamil, cara makan dan aturannya sama sahaja, cuma bezanya ialah jangkamasa/tempoh pengambilan sahaja. Maknanye bg kes mahu hamil, anda hanya perlu makan 2 hingga 4 atau 6 botol bagi tujuan merawat dan menyuburkan kembali rahim puan. Bergantung pada tindakbalas badan masing-masing, ada yang cepat ada yang lambat.. rata-rata testimoni selepas 2 dan 4 botol Alhamdulillah mengandung.


Nak beli ? Boleh hubungi saya:

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Resepi Puding Triffle Sedap

Dah lama tak kongsikan resepi di sini.
Jadi hari ini rasa bersemangat untuk kongsikan satu resepi popular iaitu Resepi Puding Triffle Sedap supaya hidup anda akan lebih bermakna dan ceria apabila  puding ini siap. Malah tambah ceria apabila dah dapat makannya.

Resepi Puding Triffle Sedap



Bahan-Bahan:
1 paket Agar-agar serbuk jenama swallow (kali ini saya guna agar-agar, kemudian nanti nak guna jeli Nona)

Air secukupnya
Kek gulung (perisa asli)
3 sudu tepung kastard
setengah tin susu cair
2 sudu gula
buah dalam tin : saya pilih buah laici dan buah peach



Cara-caranya:
1) Potong kek dan susun di dalam bekas. Saya pilih bekas kecil-kecil sebab senang nak agihkan selepas siap, tidak perlu untuk potong bagai.

2) Basahkan kek dengan air buah dalam tin.
3) Masak campuran kastard di atas api. Campuran kastard tersebut ada gula, kastard dan susu cair.

Bila dah agak likat, masuk perlahan-lahan ke dalam bekas kek tadi.

4) Bolehlah susun buah-buah laici dan peach di atas lapisan kastard sebelum tuang lapisan agar-agar.


5) Kemudian boleh mula masak agar-agar. Hanya ikut arahan pada paket agar-agar.

Dah masak boleh curahkan perlahan-lahan di atas lapisan kastard tadi.
Pastikan lapisan kastard telah keras dahulu.

6) Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan sedia dimakan.

Selamat mencuba.


Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : 
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini :  
Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : 
Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : 
Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : wanr82@yahoo.com
Sms/whats app :
010-9336935
Facebook :
Wan Rokiah